RSS Feed

Protected: Penilaian Google Translate

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Kecekapan Berbahasa Dalam Pelbagai Etnik

Tajuk Survey

Kecekapan Berbahasa Dalam Pelbagai Etnik Di UKM

Pelajar-pelajar di UKM terdiri daripada pelbagai etnik dan tahap kecekapan berbahasa di antara para pelajar adalah berbeza. Zaman modenisasi sekarang menggalakkan para pelajar untuk mempelajari bahasa yang asing bagi mereka. Oleh itu, sebahagian pelajar Melayu sebagai contoh bukan lagi dikira penutur dwibahasa dan pelajar Cina dan India tidak lagi dikira penutur yang mempunyai tiga bahasa, bahkan mereka mempunyai bahasa baru yang dipelajari atau multi bahasa untuk pelbagai tujuan. Akan tetapi setiap individu mempunyai kecekapan yang berbeza dalam kesemua bahasa yang dimilik.  Oleh yang sedemikian, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara status bahasa dan perbezaan individu dalam sikap dan motivasi kerana ia berkaitan dengan kecekapan dan pembudayaan dalam bahasa -bahasa yang dimiliki oleh seseorang pelajar tersebut. (OBJEKTIF)

 

Item soalan

1. Jantina

Lelaki
Perempuan

2. Umur

20 – 22
23 – 25
26 – 28
29 ke atas

3. Bangsa

Melayu
Cina
India
Lain-lain

4. Sila senaraikan semua bahasa yang anda tahu dalam urutan dominan bahasa anda

Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat

5. Berapa tahun anda didedahkan dengan bahasa yang anda ketahui.

 

6. Sila pilih tahap penguasaan bertutur, memahami dan membaca dalam bahasa yang anda ketahui.

7. Sila nyatakan berapa banyak faktor berikut menyumbang kepada pembelajaran bahasa anda.

8. Sila nyatakan bahasa apa anda gunakan dalam aktiviti seharian anda.

 

9. Apakah bahasa yang anda selesa gunakan apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang berlainan etnik? (Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

 

10. Pada pendapat anda, adakah wajar bagi seseorang mempelajari bahasa asing (Contoh: Arab, Perancis, Jepun, Korea, dll) sedangkan bahasa-bahasa yang diketahui (selain bahasa natif) masih belum mencapai tahap yang memuaskan?

Ya
Tidak

Rumusan dapatan kajian SurveyMonkey

Berdasarkan analisis data, didapati majoriti pelajar menguasai lebih daripada dua bahasa. Para pelajar mula sedar akan kepentingan menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa yang diajar di sekolah seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan sebagainya. Bagi pelajar Melayu, didapati mereka menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka manakala bagi pelajar bukan Melayu menguasai  bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga mereka. Perkara ini adalah disebabkan mereka diberi pendedahan kepada bahasa tersebut sejak dari sekolah lagi.

Apabila pelajar-pelajar melangkah ke universiti pula, kebanyakan mereka mengambil inisiatif untuk mempelajari atau menguasai bahasa asing kerana peluang dibuka bagi para pelajar. Bahasa menjadi alat komunikasi antara manusia sejak dahulu lagi. Lantas terbitlah cogan kata seperti “Bahasa Menunjukkang Bangsa” yang bermaksud bahasa yang ditutur menunjukkan asal bangsanya itu sendiri. Namun congan kata ini sekarang tidak lagi benar kerana terdapat individu yang dapat menguasai beberapa bahasa asing.

Kebolehannya untuk menguasai beberapa bahasa menjadi suatu kelebihan yang tidak begitu disedari ramai. Umumnya, pandangan seseorang yang dapat menguasai bahasa lain lebih luas berbanding individu yang bertutur dalam satu bahasa sahaja. Dengan penguasaan dalam beberapa bahasa, seseorang itu dapat mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan khususnya pelajar di universiti mempelajari bahasa-bahasa asing.

Sesetengah pekerjaan seperti jurubahasa dan pemandu pelancong memerlukan pengetahuan dalam banyak bahasa. Tanpa kelebihan seperti ini, adalah sukar untuk menjalankan tugas mahupun bekerja dengan sempurna. Seseorang yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa asing berasa lebih yakin untuk bertutur. Apabila menghadiri majlis yang terdiri daripada pelbagai bangsa, sudah pasti dapat berinteraksi tanpa menghadapi masalah. Jelaslah bahawa kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa ini amatlah penting, terutamanya apabila menghadapi pelbagai cabaran pada zaman kemajuan ini demi kepentingan diri, bangsa dan negara.

Jika kita berjaya menguasai bahasa asing, hasilnya kita akan boleh meluaskan minda pengetahuan kita dan kita juga boleh membaca dalam bahasa asing, memahami dengan pantas dan juga kita akan mampu membentangkan fakta serta pemikiran minda kita dengan lebih jelas lagi. Dari segi peribadi pula, kita akan mempunyai jaringan persahabatan yang lebih luas dan berpengetahuan lagi. Oleh itu, pelajari daripada hari ini bahasa asing demi untuk kebaikan anda semua. Mempelajari bahasa asing sebenarnya tidak akan melemahkan kita, akan tetapi sebaliknya kita akan mendapat 1001 kekuatan baru daripadanya. Kita jadi lebih istimewa, unik dan menonjol jika dibandingkan dengan orang yang tidak tahu berbahasa asing. Peluang pekerjaan kita juga jauh lebih tinggi daripada calon biasa yang hanya boleh bertutur dalam dua bahasa sahaja.

 

Protected: Penilaian WordPress

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Penilaian SurveyMonkey

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Penilaian AntConc

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: 10 Kesalahan Google Translate

This content is password protected. To view it please enter your password below: