RSS Feed

1.1 Pendahuluan

Bidang Linguistik merupakan bidang yang mengkaji mengenai struktur atau komponen sesuatu bahasa secara saintifik dan dilakukan secara terperinci. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi. Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat. Penggunaan tatabahasa dan struktur ayat yang betul adalah penting bagi memastikan sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Pengkaji telah memilih David Teo  yang merupakan seorang produser dan penerbit kebanyakan filem Melayu di Malaysia. David Teo seperti yang dikenali ramai gemar bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Akan tetapi binaan atau struktur ayat-ayat dan pengimbuhan beliau kadang kala tidak betul penggunaannya dan menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Bukan sahaja menjadi bahan jenaka, bahkan ada beberapa perkataan yang diguna pakai oleh David Teo yang mempunyai salah ejaan di samping terdapat perkataan yang tidak jelas dan tidak difahami oleh para pendengar. Ini menyebabkan kadangkala mesej yang ingin disampaikan tidak difahami oleh para pendengar. Oleh sebab itu, pengkaji berminat untuk mengkaji struktur perkataan dan ayat yang digunakan oleh David Teo bagi menganalisis jenis-jenis pola binaan ayat, pengimbuhan dan salah ejaan perkataan yang kerap digunakan oleh beliau.


2 responses »

  1. pemilihan tajuk yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak semasa. saya dah komen dalam blog awak dalam jangan lupa komen blog saya. maaf Dr minta saya berikan komen sebegini.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: