RSS Feed

1.4 Kepentingan Kajian

Bahasa menjadi elemen utama sebagai perantara punutur dan pendengar. Setiap individu perlu berusaha untuk mempunyai kemahiran bertutur yang menarik, baik dan berkesan di mana berkesan di sini membawa maksud ianya sesuai dengan isi perbualan, orang yang dilawan bercakap dan tempat perbualan. Kemahiran bertutur membawa makna “Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan atau dikenali sebagai artikulator manusia”. Pendengar akan dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan oleh penutur terutama apabila tuturan penutur disebut dengan jelas dan tidak tergesa-geasa.

Terdapat beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) menyatakan kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur terdiri daripada sembilan aspek pertuturan seperti berikut:
1. Sebutan perkataan yang betul
2. Fasih bertutur dan dapat memberikan pandangan serta pendapat secara jelas
3. Menggunakan intonasi yang sesuai
4. Tekanan yang betul
5. Berkemampuan menggunakan laras bahasa dalam pelbagai konteks, suasana atau situasi yang sesuai
6. Panjang pendek sesuatu pertuturan
7. Jeda atau persendian
8. Nada yang bersesuaian
9. Kelancaran pertuturan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: