RSS Feed

1.5 Definisi Istilah

Istilah Sintaksis

Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, serta binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al. , 1993). Abdullah Hassan (1980) pula menyatakan sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat iaitu bagaimana sesuatu morfem dan kata tertentu disusun menjadi klausa dan ayat yang merupakan unit terbesar linguistik. Daripada dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa sintaksis merupakan kajian mengenai bagaimana ayat dibentuk yang bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa kemudiannya ayat.

Istilah Ucapan

Menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diungkapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata/ayat. Ucapan juga boleh diistilahkan sebagai satu kegiatan melafazkan kata-kata sama ada ia berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: