RSS Feed

4.1 Dapatan Kajian

Berdasarkan teks ucapan yang telah ditranskripsikan, analisis data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-


4.1.1   Analisis Frasa/Ayat

Ucapan Perasmian Congkak

Rujukan:

Kata kerja Bantu = KKB

Kata kerja = KK

Kata nama = KN

Kata adjektif = KA

Adverba = ADV

Kuantifier = KUANT

Preposisi = PREP

1. Pengarah kita yang sedang banyak sibuk sangat.

Frasa bergaris di atas menunjukkan gabungan di antara:
KKB    +      KA    +   KK    +    KA
sedang + banyak + sibuk + sangat

– Kesilapan ayat di atas adalah KA hadir dua kali di mana KK berada di antara kedua-duanya. KA hanya boleh hadir selepas KK yang bertindak sebagai penerangan.

Ayat yang wajar:
Pengarah kita yang sedang sibuk sangat.

2. Pierre Andre sudah tengah membuat tengah shooting iaitu Jangan Tegung (Tegur).

Frasa bergaris di atas menunjukkan gabungan di antara:
KKB    +   KKB    +         KK      +   KKB     +     KK
sudah + tengah + membuat + tengah +shooting

– Kesilapan di antara gabungan dua KKB (sudah + tengah) dalam satu ayat.
– Kesilapan ayat di atas adalah terdapat pengulangan KKB + KK sebanyak dua kali dalam ayat yang sama.

Ayat yang wajar:
Pierre Andre sedang shooting filem Jangan Tegur.

3. Saya minta maaf hanya boleh sedikit sahaja ditunjuk sahaja

Frasa bergaris di atas menunjukkan gabungan di antara:
   ADV  +   KKB  +     KA     +    ADV  +      KK       +    KA
hanya + boleh + sedikit + sahaja + ditunjuk + sahaja

– Kesilapan dua ADV (hanya, sahaja) hadir dalam ayat yang sama.
– Kesilapan KA hadir sebelum ADV(sahaja) dan KK(ditunjuk). KA (sedikit) hanya boleh hadir di hujung ayat

Ayat yang wajar:
Saya minta maaf hanya boleh ditunjuk sedikit sahaja.

 4. Certain-certain orang yang tertentu sahaja saya jemput menonton.

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
– Kelewahan di antara perkataan certain-certain dan tertentu yang membawa makna yang sama.

Ayat yang wajar:
Orang tertentu sahaja saya jemput untuk menonton.

5. Kali ini Congkak kita mensasarkan adalah sepuluh jute

Perkataan bergaris di atas menunjukkan:
– Salah penggunaan istilah.

Ayat yang wajar:
Kali ini Congkak kita mensasarkan akan mencapai sepuluh juta

6. Setakat ini sudah keputusan akan confirm ditayangkan ialah di Singapore

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
KKB   +          KN       + KKB +      KK
sudah + keputusan + akan + confirm

– Kesilapan KN (keputusan) hadir di antara dua KKB (sudah) dan (akan)

Ayat yang wajar:
Setakat ini yang sudah pasti akan ditayangkan ialah di Singapore.

7. Kali ini adalah bezanye sebelum ditayang sudah confirm nak dibeli dan akan ditayangkan.

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
Penyongsangan ayat kali ini adalah bezanya

Ayat yang wajar:
Bezanya kali ini adalah sebelum ditayang, sudah confirm nak dibeli dan akan ditayangkan.

8. Dia boleh lebih collection daripada Jangan Pandang Belakang.

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
KN +  KKB   + KUANT  +      KN
Dia + boleh +   lebih     + collection

– Kesilapan tiada KK selepas KKB (boleh)

Ayat yang wajar:
Congkak boleh mempunyai lebih banyak collection berbanding Jangan Pandang Belakang.

9. Ini ade satu sasaran yang tidak orang kata bukan cerite besar-besarlah.

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
Kesilapan mempunyai dua kata nafi (tidak) dan (bukan) dalam ayat yang sama

Ayat yang wajar:
Ini satu sasaran yang bukan ingin diperbesarkan cerita.

10. Kita pada orang yang ada kemampuan acting termasuk kita punya main cast Elin (Erynne).

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
KN + PREP + KN
Kita + pada + orang

– Kesilapan PREP (pada) hadir selepas KN (Kita). Dalam situasi ini PREP harus hadir selepas KK atau sebelum KN.

Ayat yang wajar:
Kita lihat pada orang yang ada kemampuan acting termasuk main cast Erynee.

11. Ketiga, Selamat Pagi Cinta di dalam final mixing iaitu sudah tengah nak siap.

Frasa di atas menunjukkan:
KKB + KKB + ADV + KK
sudah + tengah + nak + siap

– Kesilapan gabungan dua KKB (sudah) dan (tengah). Dalam ayat ini hanya satu KKB boleh digunakan.

Ayat yang wajar:
Ketiga, Selamat Pagi Cinta di dalam final mixing sudah nak siap.

 

MiG Online: Flat 3A Interview

1. Masa rumah saya di Sungai Besi sana yang agak sedikit seram.

Frasa bergaris di atas menunjukkan:
PREP +         KN          + KN
di    + Sungai Besi + sana

– Kesilapan kehadiran dua KN (Sungai Besi) dan (sana) serentak

Ayat yang wajar:
Masa rumah saya di Sungai Besi yang agak seram sedikit.

2. Saya cukup sedih terasa.

Ayat bergaris di atas menunjukkan:
KN   +             KA        +  KK
Saya + cukup sedih + terasa

– Kesilapan kehadiran KA (cukup sedih) sebelum KK (terasa). KA hanya boleh hadir pada hujung ayat.

Ayat yang wajar:
Saya terasa cukup sedih

4.1.2  Analisis Pengimbuhan

Gabungan perkataan berimbuhan tidak boleh diungkapkan secara serentak tetapi didapati David Teo menggunakan gabungan ini di dalam ucapan beliau. Berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan beliau:

1. Menambahkan membentukkan hadir bersama di dalam satu ayat. Ayat ini boleh dikatakan idak gramatis kerana dalam BM, perkataan berimbuhan meN- tidak boleh hadir bersama serentak bersebelahan di antara satu sama lain.

2. Dicapaikan digunakan di dalam ucapan beliau sedangkan perkataan ini tidak wujud dalam bahasa Melayu.

3. Mempembukaan juga digunakan oleh beliau di dalam Ucapan Perasmian Congkak sedangkan perkataan berimbuhan ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

4.1.3   Analisis Perkataan

 

Bil.

Perkataan

Perkataan (Simbol IPA)

Perkataan sebenar

Kekerapan

1

flem flǝm filem

12

2

jute ʤutǝ juta

4

3

tegung tǝɡuɳ tegur

2

4

brog-brog broʔ- broʔ blog-blog

1

5

menyebut mǝɲǝbut menjemput

1

6

namat namat dapat

1

7

lorong lɔroɳ dorong

1

8

menganungi meɳanuɳi mengandungi

1

9

moda mɔda modal

1

10

perfleman pǝrflǝman perfileman

1

11

Erra Sazira erra sazira Erra Fazira

1

12

Sam Shazi sam ʃazi Shahizi Sam

1

13

anak saurare anaʔ saurarǝ anak saudara

1

14

anan anan Adnan

1

15

ratut ratut ratus

1

16 responses »

  1. Seperti yang telah kita semua sedia maklum, David Teo merupakan salah seorang tokoh perfileman yang sangat berani dan berjaya menerbitkan pelbagai filem yang menarik di Malaysia. Namau begitu, penguasaan bahasa Melayu beliau masih lemah dan kadang kala terdapat frasa yang dibina oleh beliau agak sukar untuk difahami. Oleh itu, kajian ini sangat sesuai untuk masyarakat untuk meneliti kesalahan-kesalahan yang sering beliau lakukan semasa berucap.

    Reply
    • Terima kasih Anis di atas comment anda. Ya betul, David Teo banyak melakukan kesilapan ketika berucap dan ini merupakan sample sebahagian kecil sahaja yang menunjukkan beliau melakukan kesalahan. Harap Anis dapat meneliti analisis kajian saya dengan sebaiknya. Tq

      Reply
  2. setuju dengan anis. dengan kajian seperti ini, masyarakat dapat mengetahui kesalahan-kesalahan tatabahasa dan sebagainya supaya tidak menjadi ikutan, terutama generasi muda zaman sekarang.

    Reply
    • Terima kasih di atas comment yang yang diberikan. Harap analisis saya dapat menyatakan kesalahan dengan betul supaya apa yang Alia katakan iaitu kesalahan yang dilakukan oleh David teo tidak akan menjadi ikutan…

      Reply
  3. Bukan David Teo saja yang banyak kesalahan semasa menggunakan bahasa Melayu.. Bahkan kita sebagai masyarakat berbangsa Melayu juga banyak melakukan kesalahan semasa berucap. Hal ini demikian, kita sebagai masyarakat yang berbangsa Melayu perlu menjadi contoh kepada masyarakat bangsa lain terutamanya Cina dan India.

    Reply
  4. norraziebahbakri

    Kajian yang jarang dilakukan, sebelum ini kita hanya mendengar sahaja ucapan dari beliau, namun dengan adanya kajian ini, kita dapat mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa ucapannya.

    Reply
  5. Antconc amat membantu dalam kajian ini. Saya rasa bahawa pengkaji mesti banyak mencurahkan usaha dalam membuat kajian ini.

    Reply
  6. bagus … banyak yg saya belajar dari kajian ini….

    Reply
  7. dapatan kajian yang menarik.setuju dengan pendapat tiniey ahmad:)

    Reply
  8. Syabas! Menepati jangkaan tugasan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: