RSS Feed

Survey Monkey: Kecekapan Berbahasa Dalam Masyarakat Pelbagai Etnik

Soalan 1

 

 

 

 

 

 

 

Kajian ini melibatkan tujuh responden perempuan dan tiga responden lelaki yang dipilih secara rawak.

 

Soalan 2

 

 

 

 

 

 

 

 

Responden pengkaji terdiri daripada empat orang pelajar berumur di antara 20-22 tahun, lima orang berumur di antara 23-25 tahun dan seorang responden berumur 29 tahun ke atas.

 

Soalan 3

 

 

 

 

 

 

 

 

Responden terdiri daripada lima orang pelajar Melayu, tiga orang pelajar Cina dan dua orang pelajar India.

 

Soalan 4

Sila senaraikan semua bahasa yang anda tahu dalam urutan dominan bahasa anda

 

 

 

 

 

 

 

Didapati majoriti pelajar mengetahui lebih daripada dua bahasa. Bahasa pertama yang dikuasai oleh para pelajar merupakan bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, pelajar Melayu menguasai bahasa Melayu, pelajar Cina menguasai bahasa Cina manakala pelajar India menguasai bahasa Tamil. Ini adalah kerana ketika kecil mereka didedahkan dengan bahasa yang digunakan oleh ahli keluarga semasa berkomunikasi secara lisan. Oleh itu, penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar berbeza di antara satu sama lain.

 

Soalan 5

Berapa tahun anda didedahkan dengan bahasa yang anda ketahui?

 

 

 

 

 

 

 

Soalan ini bertujuan untuk mengetahui pendedehan seseorang itu terhadap bahasa kedua, ketiga dan keempat yang diperolehi oleh mereka. Seramai 5 orang menguasai bahasa kedua mereka selama 15-19 tahun, 2 orang selama 20-24 tahun, seorang pelajar menguasai bahasa kedua di antara 10-14 tahun, seorang 5-9 tahun dan seorang lagi 1-4 tahun. Bagi bahasa ketiga pula, didapati 4 orang pelajar menguasainya 5-9 tahun, 3 orang pelajar menguasai bahasa ketiga mereka selama 15-19 tahun, dua orang pelajar selama 1-4 tahun dan seorang pelajar menguasai bahasa ketiga sealama 10-14 tahun. Bagi bahasa keempat pula, didapati hanya segelintir pelajar yang mempunyai bahasa keempat mereka iaitu dua orang  selama 5-9 tahun manakala seorang selama 10-14 tahun dan seorang lagi baru mempelajari bahasa keempat kurang dari setahun.

 

Soalan 6

Sila pilih tahap penguasaan bertutur, memahami dan membaca dalam bahasa yang anda ketahui.

 

 

 

 

 

 

 

Kajian mendapati seramai 7 orang sangat mahir berbahasa Melayu, 5 orang sangat mahir berbahasa Inggeris, masing-masing 2 pelajar sangat mahir berbahasa Cina dan Bahasa Tamil serta seorang pelajar sangat mahir dalam lain-lain bahasa iaitu Hokkian & Kantonis. 4 orang menyatakan mereka mahir berbahasa Inggeris, 3 orang mahir berbahasa Melayu dan dua orang mahir lain-lain bahasa iaitu bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol. Selain itu, 4 orang menyatakan mereka kurang mahir berbahasa Cina, seorang pelajar kurang mahir berbahasa Inggeris dan 4 orang pelajar kurang mahir dalam lain-lain bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Perancis, dan bahasa Jepun. Manakala 3 orang pelajar tidak mahir berbahasa Tamil dan seorang pelajar tidak mahir berbahasa Cina.

 

Soalan 7

Sila nyatakan berapa banyak faktor berikut menyumbang kepada pembelajaran bahasa anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Didapati seramai 7 orang menyatakan rakan sangat mempengaruhi pembelajaran bahasa manakala 3 orang menyatakan ia sekadar mempengaruhi. 7 orang merasakan keluarga sangat mempengaruhi pembelajaran bahasa manakala 3 lagi juga menyatakan ianya sekadar mempengaruhi. Seramai 6 orang bersetuju pembacaan sangat mempengaruhi, 3 orang setuju ia mempengaruhi sahaja dan seorang pelajar merasakan pembacaan kurang mempengaruhi. 4 orang menyatakan media massa sangat mempengaruhi, 5 orang menyatakan ia mempengaruhi dan seorang menyatakan ia kurang mempengaruhi. Di samping itu, 4 orang menyatakan motivasi diri memainkan peranan dalam pembelajaran bahasa di mana 4 orang menyatakan ia sangat mempengaruhi, 2 orang menyatakan ia mempengaruhi dan 4 orang kurang bersetuju motivasi diri memainkan peranan. Minat dipersetujui majoriti pelajar bahawa ianya merupakan salah satu faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa dengan 7 orang menyatakan ia sangat mempengaruhi, seorang menyatakan ia sekadar mempengaruhi dan dua orang merasakan ianya kurang mempengaruhi.

 

Soalan 8

Sila nyatakan bahasa yang anda gunakan dalam aktiviti seharian anda.

 

 

 

 

 

 

 

Analisis data di atas menunjukkan kesemua sepuluh pelajar menggunakan bahasa pertama mereka dalam aktiviti seharian iaitu 5 orang menggunakan bahasa Melayu, masing-masing dua orang menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dan seorang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertamanya. Kesemua pelajar juga menggunakan bahasa kedua dalam aktiviti harian mereka di mana 6 orang menggunakan bahasa Inggeris dan 4 orang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Kesemua 10 orang juga menggunakan bahasa ketiga mereka iaitu 4 orang menggunakan lain-lain bahasa iaitu bahasa Hokkian, bahasa Mandarin, bahasa Perancis. Manakala hanya segelintir pelajar menggunakan lain-lain bahasa sebagai bahasa keempat mereka dalam aktiviti harian dan seorang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa keempat dalam aktiviti hariannya.

 

Soalan 9

Apakah bahasa yang anda selesa gunakan apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang berlainan etnik? (Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

 

 

 

 

 

 

 

Didapati majoriti pelajar selasa menggunakan bahasa Melayu baik pelajar Melayu, Cina mahupun pelajar India. Ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan, oleh itu mudah bagi semua pelajar menggunakan bahasa Kebangsaan kerana difahami oleh semua orang. Manakala hanya seorang pelajar yang selesa berbahsa Inggeris apabila mendampingi rakan-rakannya.

 

Soalan 10

Pada pendapat anda, adakah wajar bagi seseorang mempelajari bahasa asing (Contoh: Arab, Perancis, Jepun, Korea, dll) sedangkan bahasa-bahasa yang diketahui (selain bahasa natif) masih belum mencapai tahap yang memuaskan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Graf di atas menunjukkan majoriti pelajar bersetuju bahasa asing wajar dipelajari walaupun bahasa-bahasa yang diketahui masih belum mencapai tahap yang memuaskan manakala seorang pelajar tidak bersetuju. Majoriti pelajar bersetuju kerana terdapat peluang yang terbuka bagi para pelajar di universiti untuk mempelajari bahasa asing tanpa perlu bersusah payah untuk mempelajarinya di luar kampus.

One response »

  1. Syabas Liyana kerana telah berjaya menjalankan sebuah kajian menggunakan perisian SurveyMonkey! Walau bagaimanapun, paparan dapatan dengan grafik sahaja tidak mencukupi. Anda perlu terangkan dalam bentuk teks. Pada bahagian akhir, anda perlu buat rumusan terhadap dapatan kajian anda berdasarkan objektif kajian anda itu. Contoh untuk Soalan 10:
    Berdasarkan item 10 soal-selidik ini, dapatan kajian menunjukkan 17 atau (?%) daripada 19 responden menyatakan bahawa bahasa asing wajar dipelajari.

    Rumusan:
    Sebagai rumusan, kecekapan berbahasa dalam masyarakat pelbagai etnik (sampel terdiri daripada …?) menunjukkan bahawa …

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: