RSS Feed

Rumusan dapatan kajian SurveyMonkey

Berdasarkan analisis data, didapati majoriti pelajar menguasai lebih daripada dua bahasa. Para pelajar mula sedar akan kepentingan menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa yang diajar di sekolah seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan sebagainya. Bagi pelajar Melayu, didapati mereka menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka manakala bagi pelajar bukan Melayu menguasai  bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga mereka. Perkara ini adalah disebabkan mereka diberi pendedahan kepada bahasa tersebut sejak dari sekolah lagi.

Apabila pelajar-pelajar melangkah ke universiti pula, kebanyakan mereka mengambil inisiatif untuk mempelajari atau menguasai bahasa asing kerana peluang dibuka bagi para pelajar. Bahasa menjadi alat komunikasi antara manusia sejak dahulu lagi. Lantas terbitlah cogan kata seperti “Bahasa Menunjukkang Bangsa” yang bermaksud bahasa yang ditutur menunjukkan asal bangsanya itu sendiri. Namun congan kata ini sekarang tidak lagi benar kerana terdapat individu yang dapat menguasai beberapa bahasa asing.

Kebolehannya untuk menguasai beberapa bahasa menjadi suatu kelebihan yang tidak begitu disedari ramai. Umumnya, pandangan seseorang yang dapat menguasai bahasa lain lebih luas berbanding individu yang bertutur dalam satu bahasa sahaja. Dengan penguasaan dalam beberapa bahasa, seseorang itu dapat mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan khususnya pelajar di universiti mempelajari bahasa-bahasa asing.

Sesetengah pekerjaan seperti jurubahasa dan pemandu pelancong memerlukan pengetahuan dalam banyak bahasa. Tanpa kelebihan seperti ini, adalah sukar untuk menjalankan tugas mahupun bekerja dengan sempurna. Seseorang yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa asing berasa lebih yakin untuk bertutur. Apabila menghadiri majlis yang terdiri daripada pelbagai bangsa, sudah pasti dapat berinteraksi tanpa menghadapi masalah. Jelaslah bahawa kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa ini amatlah penting, terutamanya apabila menghadapi pelbagai cabaran pada zaman kemajuan ini demi kepentingan diri, bangsa dan negara.

Jika kita berjaya menguasai bahasa asing, hasilnya kita akan boleh meluaskan minda pengetahuan kita dan kita juga boleh membaca dalam bahasa asing, memahami dengan pantas dan juga kita akan mampu membentangkan fakta serta pemikiran minda kita dengan lebih jelas lagi. Dari segi peribadi pula, kita akan mempunyai jaringan persahabatan yang lebih luas dan berpengetahuan lagi. Oleh itu, pelajari daripada hari ini bahasa asing demi untuk kebaikan anda semua. Mempelajari bahasa asing sebenarnya tidak akan melemahkan kita, akan tetapi sebaliknya kita akan mendapat 1001 kekuatan baru daripadanya. Kita jadi lebih istimewa, unik dan menonjol jika dibandingkan dengan orang yang tidak tahu berbahasa asing. Peluang pekerjaan kita juga jauh lebih tinggi daripada calon biasa yang hanya boleh bertutur dalam dua bahasa sahaja.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: